Laman Utama
Mengenai ILIM
ILIM Sepintas Lalu Sejarah ILIM Visi, Misi, Objektif Piagam Pelanggan Carta Organisasi Hubungi Kami Peta Lokasi
Pusat/Unit
Pusat Pengajian Sains Dakwah Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam Pusat Pembangunan Keluarga Islam Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam Pusat Bahasa Pusat Al-Quran & Ilmu Teras Pusat Teknologi Maklumat Unit Pembangunan Latihan & Penerbitan Unit Pentadbiran Unit Kewangan Unit Domestik Unit Sumber Manusia Unit Perpustakaan Unit Pengurusan Aset
Direktori
Pejabat Pengarah Bahagian Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan
ILIM Wilayah Timur
Perutusan Pengarah Latar Belakang Carta Organisasi Pusat/Unit
Pusat Pengurusan Islam Pusat Pembangunan Insan Pusat Pengajian Sains Dakwah
Direktori Hubungi Kami
Email
Soalan Lazim
  perutusan Perutusan Pengarah
  kursus  Program 2013 baru
  kemudahan Kemudahan
  penerbitan  Penerbitan
  statistik Statistik
  arkib  Arkib Berita
  galeri  Gambar Aktiviti
pol

akhbar

Perkhidmatan Online
  • e-Solat
  • e-Qiblat
  • Halal Jakim
  • e-Maklum
  • e-Penyata Gaji & Laporan
  • HRMIS
  • WebOPAC ILIM
  • Muat Turun Borang
Pautan
  • IslamGRID
  • JAKIM.TV
  • Darul Quran
  • PPA
  • Jab. Agama Islam Neg.
  • Maj. Agama Islam Neg.
  • Jabatan Mufti
  • Institut Latihan Awam
  • Agensi Hal Ehwal Islam
  • Akhbar Online
  • TV Al-Hijrah

PostHeaderIcon ILIM Sepintas Lalu

PDF Cetak E-mel

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan institut yang bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, tawaran juga dibuka kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat.

ILIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM yang ditubuhkan pada 1997 telah menjalani fasa 1 dan fasa 2 dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung di atas keluasan tanah 31 ekar di Bangi , Selangor. ILIM mempunyai seramai 116 pegawai dan kakitangan. ILIM telah beroperasi dengan kekuatan 7 pusat utama dan masing-masing menganjurkan kursus, seminar, muhadharah serta latihan menarik yang disertai oleh para peserta dari Malaysia dan dari luar Negara.

Selaras visi untuk menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global, ILIM telah mengadakan pelbagai program antarabangsa dan di peringkat serantau seperti Kursus Profesionalisme Imam Negara Maldives dan Kursus Profesionalisme Imam Negara Serantau yang diadakan setiap tahun.

Sejajar dengan pertambahan pelawat dan peserta kursus, ILIM telah mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti dan telah mendapat Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2009.

Mulai tahun 2010, ILIM menyediakan kursus di peringkat diploma dan sijil tinggi iaitu Diploma Pengurusan Islam dan Sijil Tinggi Sains Dakwah.

Selaras dengan permintaan dan keperluan semasa yang kian meningkat dari dalam dan luar negara, satu cawangan baru telah dibuka iaitu ILIM Wilayah Timur yang bertempat di Besut,Terengganu. ILIM Wilayah Timur mula beroperasi pada 16 Februari 2010 bagi menampung keperluan kursus untuk masyarakat di Pantai Timur, semenanjung Malaysia. Untuk keperluan yang lebih maksimum, satu lagi cawangan institut latihan Islam akan dibina untuk wilayah Utara yang bertempat di Kuala Kangsar, Perak.

 

 

Hits : 2955

 

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara © 2010 Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
PENAFIAN : ILIM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0, Mozilla Firefox, Google Chrome, dengan resolusi 1024 x 768